VERSTAPPEN meraikan kejayaan bersama trofi kejuaraan di GP Jepun. -FOTO Reuters
VERSTAPPEN meraikan kejayaan bersama trofi kejuaraan di GP Jepun. -FOTO Reuters
AFP

Suzuka, Jepun: Max Verstappen melebar rekod kemenangan yang menyaksikan penamat satu dua buat Red Bull buat kali ketiga dalam empat perlumbaan di Grand Prix Jepun.

Juara dunia tiga kali itu kini unggul dalam pemburuan kejuaraan dunia menjelang perlumbaan kelima di China dalam tempoh dua minggu.

Verstappen berkata selepas kemenangannya di Suzuka bahawa ini adalah "musim yang sangat panjang" dan dia ingin "mendekati perlumbaan demi perlumbaan."

Namun bos Mercedes Toto Wolff sudah mengisytiharkan bahawa "tiada siapa yang akan dapat mengatasi Max tahun ini."

Wolff berkata pemandu lain bersaing untuk menjadi "yang terbaik daripada yang lain" dan sifat dominan Verstappen sudah cukup menggambarkan situasi ketika ini.

Pelumba Belanda itu tidak pernah kelihatan bermasalah dalam mengawal perlumbaan dari awal hingga akhir dan melepasi garisan 12.5 saat di hadapan rakan sepasukannya, Perez.

"Setiap kali saya perlu pergi lebih pantas saya boleh, saya perlu menjaga tayar saya dan saya boleh," kata Verstappen.

"Perasaan itu sentiasa menyenangkan apabila anda memandu."

Kejayaan awal musim Red Bull dibayangi oleh perpecahan pasukan atas dakwaan terhadap bos pasukan Christian Horner.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 1:01 PM