VERSTAPPEN sukar dikejar pelumba lain.
VERSTAPPEN sukar dikejar pelumba lain.
Agensi

London: Max Verstappen boleh mengesahkan gelaran Formula Satu (F1) miliknya di Grand Prix Singapura hujung minggu ini walaupun berbaki lima perlumbaan lagi.

Perebutan gelaran tahun lalu ditentukan di Abu Dhabi dalam perlumbaan kontroversi susulan campur tangan bekas pengarah perlumbaan, Michael Masi.

Tetapi tiada sebarang keraguan untuk gelaran kedua Verstappen selepas pemandu Red Bull itu mempamerkan pemanduan cemerlang sepanjang musim.

Sebagai perbandingan dengan bola sepak, kemenangan Verstappen di Abu Dhabi sama seperti jaringan 'Tangan Tuhan' oleh Diego Maradona ketika Argentina menewaskan England pada suku akhir Piala Dunia 1986 dan tahun ini ia seperti 'Jaringan Maradona Abad ini' iaitu gol keduanya ketika mengatasi enam pemain England sebelum menewaskan penjaga gol England, Peter Shilton.

Kejuaraan dunia bakal milik Verstappen jika dia mengatasi Charles Leclerc dengan 22 mata, Sergio Perez (13) dan George Russell (6) di Singapura.

Jika dia melakukannya, ia kejayaan paling awal pernah dicapai mana-mana pelumba dalam tempoh 20 tahun dan yang kedua dalam sejarah F1.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2022 @ 12:53 PM