VERSTAPPEN pelumba Red Bull.
VERSTAPPEN pelumba Red Bull.
AFP

Spa-Francorchamps, Belgium: Max Verstappen mengharapkan kelebihan tempat sendiri bagi menewaskan Lewis Hamilton ketika Formula Satu kembali bersambung di Grand Prix Belgium.

Pelumba Belgium kelahiran Belanda itu menyaksikan jurang selesa 33 mata berkurangan kepada hanya lapan mata selepas tamat Grand Prix British dan Hungary bulan lalu sebelum rehat musim panas.

Dia tahu perlu bangkit lebih cemerlang pada dua perlumbaan selepas ini di hadapan puluhan ribu penyokong berbaju jingga.

Selepas insiden kontroversi di Silverstone dan Budapest, pelumba Red Bull berusia 23 tahun itu turut mengharapkan perlumbaan lancar bagi mendapatkan semula konsistensi selepas terbabit nahas dalam dua grand prix sebelum ini.

"Saya gembira hadir semula ke Spa," katanya. "Ia litar kegemaran saya dan memang mencabar apabila melayan selekoh dengan kelajuan tinggi selain beberapa perubahan di sana.

"Ia tempat yang baik untuk kami menguatkan semula cabaran kami dan saya kini bersedia sepenuhnya berlumba hujung minggu ini.''

Verstappen turut mengharapkan tuah menyebelahinya selepas pencapaian terbaik di litar itu dengan hanya menduduki tempat ketiga manakala juara dunia tujuh kali, Hamilton menjuarainya empat kali termasuk tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 12:11 PM