MILLER kuasai sesi latihan bebas. FOTO AFP
MILLER kuasai sesi latihan bebas. FOTO AFP
AFP

Doha: Jack Miller, Francesco Bagnaia dan Johann Zarco membantu Ducati menguasai sesi latihan bebas di Grand Prix Doha, semalam.

Pelumba Australian Miller, merekodkan 1 minit 53.145 saat dalam keadaan paling optimum pada sesi kedua di litar Losail.

Dia mengatasi rakan senegara, 0.313s dan Zarco (Ducati-Pramac), 0.392s.

"Saya berasa sangat selesa dengan motosikal. Kami membuat pertukaran sedikit dan rasa lebih baik pada penamat sesi latihan. Tapi anda suhu trek dan cuaca di sini sangat panas," kata Miller.

"Agak sukar untuk melaraskan jentera kedua-duanya, jadi saya hanya fokus sesi pada sebelah petang. Saya cuba mendapatkan masa terpantas iaitu lebih pantas dari minggu lalu dan akhir berjaya pada pusingan terakhir dan ia seperti 'buat atau mati'.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) keempat, 0.438s manakala Jorge Martin kelima 0.448s di belakang Miller.

Minggu lalu juga di Qatar, Maverick Vinales (Yamaha), menamatkan aksi di tempat kesembilan ketinggalan 0.727s.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 12:40 PM