HAMILTON bakal menyambung kontrak bersama Mercedes. FOTO Bernama
HAMILTON bakal menyambung kontrak bersama Mercedes. FOTO Bernama
Agensi

London: Lewis Hamilton bakal menandatangani kontrak baharu bersama Mercedes bernilai £40 juta (RM217.9 juta).

Mercedes memuat naik gambar juara dunia tujuh kali itu yang menyatakan: "Kami sebagai sebuah pasukan mempunyai banyak perkara lagi perlu dilakukan secara bersama."

Bukan sesuatu yang rahsia lagi bahawa Hamilton akan kekal bersama Mercedes dan beliau pernah menyatakan akan menyelesaikan masa depannya sebelum perayaan Krismas.

Hamilton juga mempunyai impian untuk memenangi gelaran juara dunia buat kali kelapan sekali gus bakal muncul pemandu terbaik sepanjang zaman.

Kalendar perlumbaan pada musim depan menyaksikan sebanyak 23 pusingan perlumbaan akan berlangsung.

Sementara itu, Sergio Perez sah akan menggantikan Alexander Albon dalam pasukan Red Bull pada musim depan.

Pemandu Mexico itu yang kontraknya bersama Racing Point tidak disambung, akan bergandingan bersama Max Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 11:17 PM