THOMPSON (kiri) dan Nadal berpelukan selepas tamat perlawanan.
THOMPSON (kiri) dan Nadal berpelukan selepas tamat perlawanan.
AFP

Brisbane, Australia: Kemunculan semula bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal berakhir hari ini selepas tewas di tangan pemain Australia, Jordan Thompson dalam aksi suku akhir Antarabangsa Brisbane yang berlangsung 3 jam 25 minit.

Thompson menyelamatkan tiga mata akhir pada set kedua sebelum bangkit mengatasi Nadal yang jelas keletihan dengan kemenangan 5-7, 7-6 (8/6), 6-3 di Pat Rafter Arena.

Bermain kejohanan pertamanya selepas 12 bulan berehat, Nadal tampak mampu menang set kedua berturut-turut selepas menang set pertama tetapi Thompson enggan mengalah dan memanfaatkan beberapa kesilapan Nadal sebelum menang set kedua dalam tempoh 83 minit.

Selepas mematahkan servis Nadal pada awal set ketiga, dia terus mengekalkan momentum dan meraikan kemenangan selepas pukulan kilas Nadal keluar garisan.

Nadal yang menjalani dua pembedahan selepas tercedera di Terbuka Australia 2023 terpaksa diberikan rawatan ketika ketinggalan 1-4 di set ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 10:32 PM