SCHEFFLER melakukan bogey di lubang ke-18. -FOTO AFP
SCHEFFLER melakukan bogey di lubang ke-18. -FOTO AFP
AFP

Miami: Pemain nombor satu dunia Scottie Scheffler dan pemenang utama tiga kali, Jordan Spieth berkongsi kedudukan selaku pendahulu dengan kelebihan satu pukulan pada hari kedua Cabaran Dunia Hero Jelajah PGA di Bahamas, ketika Tiger Woods mula menemui rentak.

Scheffler membenam sembilan birdie yang menakjubkan untuk menguasai persaingan selaku pendahulu namun bogey pada lubang ke-18 menafikan peluang dia mendahului secara individu dengan catatan enam bawah par 66.

Scheffler berkongsi kedudukan bersama Spieth yang membenam lima birdie untuk par 67 tanpa sebarang bogey dalam aksi sempurna di Kelab Golf Albany.

Pemenang utama lima belas kali Woods, yang bermain kejohanan pertamanya sejak menjalani pembedahan buku lali pada April, bangkit daripada 75 pukulan pada hari pembukaannya dengan dua di bawah par 70 meletakkannya di tempat ke-15 dalam carta pendahulu.

"Saya bermula dengan baik dan kemudian melakukan beberapa pukulan yang baik," kata Scheffler.

"Kemudian di sembilan lubang belakang saya dapat melakukan banyak pukulan berkualiti, pukulan yang saya mahukan jadi saya dapat melakukan yang terbaik."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 9:12 AM