PEMAIN bola keranjang Filipina meraikan kejayaan meraih emas Sukan Asia. FOTO AFP
PEMAIN bola keranjang Filipina meraikan kejayaan meraih emas Sukan Asia. FOTO AFP
AFP

Manila: Rakyat Filipina meraung kegembiraan dan kelegaan apabila pasukan bola keranjang lelaki mereka menamatkan dekad kesedihan dalam memenangi pingat emas Sukan Asia pertama mereka dalam tempoh 61 tahun.

Negara yang taksub dengan sukan bola keranjang itu menyaksikan 110 juta rakyatnya terpaku pada skrin televisyen dan telefon bimbit ketika 'Gilas', melakar kemenangan 70-60 ke atas Jordan pada perlawanan akhir di Hangzhou, China.

"Saya sangat gembira. Bangga, bangga, bangga Pinoy (Filipina)," kata jurutera bunyi dan peminat bola keranjang, Martin Andrew Guevara, 45, kepada AFP.

Dia dan yang lain berkata kemenangan itu menebus kekecewaan Piala Dunia FIBA yang dianjurkan bersama Filipina bulan lalu.

Pasukan Filipina, yang menduduki tempat ke-40 dunia pada masa itu, tewas ketiga-tiga perlawanan mereka dalam fasa kumpulan dan menamatkan saingan di tempat ke-24 dalam kejohanan 32 pasukan itu.

Francesca Gomez, pengurus akaun berusia 25 tahun untuk produk berkaitan sukan, memberitahu AFP: "Ia sangat mengujakan kerana ini kali pertama kami menang dalam enam dekad... Rasanya sudah lama.

Presiden Ferdinand Marcos menulis tweet: "Saya tahu setiap warga Filipina berbangga dipanggil sebagai warga Filipina hari ini.

"Tahniah, Gilas Pilipinas, atas pencapaian yang luar biasa ini!"

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2023 @ 1:01 PM