Mayweather (kiri) dan Pacquiao akan menyertai satu program amal membabitkan perlawanan bola keranjang. FOTO Agensi
Mayweather (kiri) dan Pacquiao akan menyertai satu program amal membabitkan perlawanan bola keranjang. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Floyd Mayweather bersedia bertarung semula berdepan Manny Pacquiao namun di gelanggang bola keranjang khusus untuk program amal.

Mayweather terkenal dengan kejayaan menewaskan seteru dari Filipina pada 2015 menerusi pungutan mata dalam pertarungan mewah sepanjang zaman, terjual dengan mencatat rekod Amerika Syarikat sejumlah 4.6 juta tontonan berbayar.

Pacquiao atau dikenali dengan gelaran PacMan meminta untuk pertarungan semula membabit kedua-dua legenda tinju itu tetapi ia sering terhalang atas beberapa sebab tertentu.

Kini menurut laporan laman web sukan Filipina, Spin PH, dua legenda tinju itu bersetuju mengadakan perlawanan bola keranjang untuk program amal.

"Program Mayweather vs Pacquiao All-Star Basketball Charity akan berlangsung pada Disember di Las Vegas.

"Tarikh sebenar program itu bakal diumumkan kelak sebelum semua perkara dapat dimuktamadkan juga membabitkan kekosongan venue terbabit.

"Kami bersetuju dengan konsep utama program, di mana ia bertujuan memberikan hiburan sepenuhnya kepada peminat tinju, bola keranjang dan semua sukan secara amnya.

"Kami turut mensasarkan mengumpul dana bagi rumah kebajikan terpilih menjelang Krismas."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 11:03 AM