AKSI menarik Bertrand dalam acara 10m platform lelaki hari ini. FOTO Reuters
AKSI menarik Bertrand dalam acara 10m platform lelaki hari ini. FOTO Reuters
Fabian Peter


Hangzhou: Atlet terjun Bertrand Rhodict Lises gagal menambah pungutan pingat untuk negara pada hari terakhir pertandingan di Sukan Asia Hangzhou hari ini.

Dalam acara akhir 10 meter (m) platform lelaki, Bertrand yang juga atlet pertama negara layak ke Olimpik Paris 2024 menduduki tempat keempat daripada 12 penerjun termasuk pemenang pingat perak Kejohanan Dunia tahun lalu Rikuto Tamai dari Jepun.

Selepas enam terjunan di Arena Akuatik Olimpik, Bertrand yang meraih gangsa dalam acara 10m terjun seirama bersama Enrique Maccartney Harold mengutip 434.85 mata.

Jaguh China berusia 25 tahun Yang Hao meraih emas dengan catatan 554.35 mata diikuti pemenang pingat perak yang juga rakan senegaranya Bai Yuming (495.55) manakala gangsa milik Rikuto (480.50).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 10:16 PM