JEPUN menunjukkan peningkatan ketara dalam sukan ragbi. FOTO AFP
JEPUN menunjukkan peningkatan ketara dalam sukan ragbi. FOTO AFP
AFP

Toulouse: Evolusi yang diterapkan ketua jurulatih, Jamie Joseph dalam latihan dan menjadi seorang komunikator yang lebih baik adalah sebab utama mengapa Jepun melangkah jauh hingga mara ke suku akhir Piala Dunia Ragbi, kata jurulatih bahagian serangan, Shin Hasegawa.

The Brave Blossoms akan layak ke peringkat lapan terakhir untuk kali kedua berturut-turut di bawah kendalian Joseph jika mereka menewaskan Argentina di Nantes Ahad ini dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Kedua-dua Jepun dan Argentina berada di kedudukan sama dengan mengumpul sembilan mata, manakala England sudah menjamin tempat selaku juara kumpulan.

Bekas pemain antarabangsa New Zealand dan Jepun, Joseph, 53, menjadi ketua jurulatih pada 2016 dan Hasegawa berkata ia mengambil sedikit masa untuk beliau menyesuaikan diri dengan peranan itu.

"Bagi Jamie, saya rasa beliau sudah banyak berubah dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini," kata Hasegawa pada sidang media.

"Awalnya, kami mempunyai masa di mana beliau akan memulakan latihan tanpa menjelaskan apa-apa kepada jurulatih dan pemain.

"Bagi pemain Jepun, mereka bertindak balas dengan baik apabila mereka diberi alasan, tetapi sebaliknya jika bertanyakan soalan terlebih dahulu."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 1:23 PM