LOMANO Lemeki. FOTO REUTERS
LOMANO Lemeki. FOTO REUTERS
Reuters

Toulouse: Lomano Lemeki akan berada dalam barisan utama buat kali pertama bersama Jepun selepas hampir dua tahun untuk perlawanan Kumpulan D Piala Dunia Ragbi menentang Samoa di Toulouse, awal pagi Jumaat ini.

Ia adalah perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan kerana dalam usaha untuk layak ke suku akhir.

Lemeki masuk menggantikan Semisi Masirewa, yang terpaksa dikeluarkan di awal perlawanan ketika tewas 34-12 kepada England dalam perlawanan sebelum ini.

"Lemeki bermain dengan baik ketika kami berdepan perlawanan sukar meskipun tidak beraksi agak lama," kata jurulatih Jepun, Jamie Joseph.

"Saya fikir dia melakukan tugas sangat baik kerana situasi yang dia hadapi. Kami cukup yakin dia boleh melakukannya sekali lagi," katanya lagi.

Joseph juga melakukan pertukaran dengan meletakkan kepercayaan kepada Dylan Riley untuk menggantikan tempat Tomoki Osada dengan barisan pemain lain tidak berubah.

"Kami mahu memastikan berada dalam kedudukan yang terbaik apabila menentang Samoa dan (kali ini) kami mahu keputusan memihak kepada kami," kata Joseph.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2023 @ 8:16 AM