BRIAN Harman. FOTO Agensi
BRIAN Harman. FOTO Agensi
Reuters

Rome, Itali: Pemain golf nombor satu dunia dari Amerika Syarikat, Scottie Scheffler dan nombor tiga dunia, Jon Rahm dari Sepanyol akan mengetuai pasukan masing-masing dalam saingan Piala Ryder ke-44 di Marco Simone Golf and Country Club, di Rome, esok.

Scheffler dan Sam Burns akan memperkuatkan pasukan Amerika bagi mempertahankan kejuaraan, sambil dicabar Rahm dan Tyrrell Hatton dari England yang mewakili pasukan Eropah.

Rakan sepasukan Scheffler iaitu Brian Harman akui, dia tidak berdepan masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pemain nanti.

Untuk rekod, setiap pasukan akan diwakili empat pemain dengan Amerika dianggotai Scheffler, Burns, Harman dan Max Homa, manakala pasukan Eropah terdiri daripada Rahm, Hatton, Viktor Hovland dan Ludvig Aberg.

"Saya langsung tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pemain termasuk Zack," kata Harman.

"Saya gembira untuk bermain dengan mana-mana pemain. Mereka semua sangat berbakat dan mereka memenangi banyak kejohanan golf dan mereka semua sangat, sangat bagus".

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 12:31 PM