IMAAN Aiman memperoleh kilauan pingat emas keduanya  menerusi acara 100m kuak lentang S14. FOTO Ihsan Majlis Paralimpik Malaysia
IMAAN Aiman memperoleh kilauan pingat emas keduanya menerusi acara 100m kuak lentang S14. FOTO Ihsan Majlis Paralimpik Malaysia
Wan Izzati Amir


Kuala Lumpur: Atlet renang para negara, Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan mencipta sensasi pada temasya Sukan Para Asean (APG) ke-12 apabila berjaya merangkul empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa di bumi kemboja itu.

Perenang para negara itu memperolehi pingat pertamanya menerusi acara 50 meter (m) kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) dengan catatan masa 28.51 saat (s).

Imaan berjaya dengan catatan masa 01:01.90s.

Pingat emas ketiganya hadir setelah berganding bersama rakan senegara yang lain iaitu Bryan Lau Szi Kai, Mohd Adib Iqbal dan Ethan Khoo Yin Jun dalam acara 4 x 100m rampaian S14 dengan catatan masa 4:15.29s.

Renangan bertenaga atlet itu dalam acara 100m kuak kupu-kupu S14 telah berjaya menghadirkan kilauan emas keempat peribadi miliknya dalam temasya tahun itu dengan catatan masa 01:00.35s.

Imaan juga turut berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara 50m kuak kupu-kupu S14 dengan catatan masa 27.53s sementara satu lagi pingat perak hadir dalam acara 200m rampaian individu SM14 dengan catatan 02:22.12s semalam.

Atlet muda itu juga antara atlet renang para yang telah mengesahkan tiketnya untuk ke temasya Paralimpik Paris 2024.

Pasukan para renang negara beraksi cemerlang setelah berjaya mengutip sebanyak 17 pingat emas sejak sukan itu membuka tirai Ahad lalu.

Sukan renang yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Kompleks Sukan Morodok Techo, menawarkan 177 pingat emas dalam pelbagai kategori dan bakal melabuhkan tirainya pada 8 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 7:48 PM