TUN Hairudin Abu Bakar (belakang tengah) bersama peserta lelaki. -FOTO Mohd Khidir Zakaria
TUN Hairudin Abu Bakar (belakang tengah) bersama peserta lelaki. -FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Negeri Sembilan bakal melahirkan bintang sukan golf apabila berjaya menganjurkan pertandingan itu di peringkat usia sekolah rendah.

Pertandingan Golf Piala Datuk Tun Hairudin Abu Bakar disertai seramai 24 peserta anjuran Prime Diamond Junior Golf Club Port Dickson diadakan di Port Dickson Country Golf Club.

Datuk Tun Hairudin berkata, ini adalah kejohanan kali kedua diadakan khususnya bagi mencungkil bakat baru dalam sukan elit itu Port Dickson.

"Mungkin satu hari nanti akan lahirnya jaguh sukan golf negara seperti 'Tiger Wood' yang namanya sudah senonim dalam sukan ini melalui kejohanan peringkat usia kanak-kanak di sini satu hari nanti.

"Saya nampak usaha yang dilakukan pihak sekolah khususnya Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana melalui Kelab Prime Diamond Junior Golf Club Port Dickson yang ditubuhkannya," katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Pemain Terbaik Keseluruhan disandang Mujiburrahman Mohd Zaini, 12, daripada SK Intan Perdana.

Kategori lelaki, Johan dimenangi oleh Nurul Muhammad Khalish Nurul Fadzli, 11, (Seremban 2), Naib Johan, Sharvin Vijayajothi, 12, (SJKT Port Dickson) dan Ketiga, Muhammad Syarim Danial Nazzer Ahmad, 10, (SK Kampung Gelam).

Kategori perempuan, Johan, Batrisya Umairah Mohd Azizul Hakim, 12, Naib Johan, V Kaarthiga, 12, dan Ketiga dimenangi oleh Balqia Sofea Mohd Azizul Hakim, 10.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2023 @ 12:37 PM