PAMELA meraih gangsa selepas emas Mariya dibatalkan kerana doping. -FOTO BBC
PAMELA meraih gangsa selepas emas Mariya dibatalkan kerana doping. -FOTO BBC
Agensi

London: Pelari Kenya, Pamela Jelimo menyifatkan pingat gangsa yang diraih di Olimpik London sebagai 'menyakitkan' selepas pingat dalam acara 800 meter (m) itu hanya dapat digenggam selepas lebih sedekad.

Juara Olimpik 2008 itu di naik taraf dari tempat keempat ke kedudukan ketiga pada 2017 apabila emas yang dimenangi pelari Russia Mariya Savinova dibatalkan kerana kesalahan doping.

Pamela tidak menerima pingatnya di hadapan orang ramai sebaliknya diterima di sebuah muzium di ibu kota Kenya, Nairobi minggu ini.

"Sangat menyakitkan terpaksa menunggu begitu lama untuk menerima pingat ini," kata Pamela.

"Doping adalah satu ancaman menyebabkan saya kehilangan banyak peluang sama ada bonus atau kenaikan pangkat di tempat kerja sebagai Polis Kenya di mana kami mempunyai sasaran untuk pertandingan antarabangsa."

Kenya kini berada di tengah-tengah krisis doping sehingga menimbulkan kebimbangan larangan daripada badan antarabangsa Olahraga Dunia dan kini seramai 55 atlet didapati positif doping.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 12:16 PM