PASUKAN Australia meraikan kemenangan mereka di pentas podium. FOTO EPA
PASUKAN Australia meraikan kemenangan mereka di pentas podium. FOTO EPA
AFP

Saint-Quentin-en-Yvelines: Australia menamatkan dominasi Belanda yang memenangi acara pecut berpasukan lelaki empat kali berturut-turut apabila merangkul pingat emas acara itu di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia dekat Perancis, hari ini.

Tiga pelumba iaitu Leigh Hoffman, Matthew Richardson dan Thomas Cornish mengalahkan pasukan Belanda yang diketuai oleh juara dunia sembilan kali, Harrie Lavreysen di trek velodrom yang akan digunakan untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

Britain menewaskan Jerman dalam perebutan pingat gangsa.

Ketika pasukan lelaki Belanda gagal mempertahankan kemenangan, Jerman memenangi gelaran dunia ketiga berturut-turut dalam acara pecut berpasukan wanita.

Pauline Grabosch, Emma Hinze dan Lea Friedrich mencipta rekod dunia baharu 45.967 saat ketika Jerman mudah menewaskan China pada aksi final.

Britain mengetepikan Belanda untuk memungut satu lagi gangsa.

Sementara itu, Martina Fidanza dari Itali mempertahankan gelarannya dalam acara scratch wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2022 @ 9:45 AM