McGREGOR dan Mayweather berentap pada 2017.
McGREGOR dan Mayweather berentap pada 2017.
Agensi

London: Conor McGregor tidak berminat pertarungan semula dengan Floyd Mayweather walaupun jaguh Amerika Syarikat (AS) itu mahu ia diadakan tahun depan.

Mayweather menewaskan McGregor pada pusingan ke-10 dalam pertarungan terakhir karier profesionalnya pada Ogos 2017.

Dia yang berusia 45 tahun beraksi dalam tiga pertarungan pertunjukan sejak itu dan akan menentang Mikuru Asakura hujung minggu ini.

Mayweather mendedahkan semalam rundingan lanjut mengenai pertarungan semula dengan McGregor pada 2023 telah diadakan dan dalam proses menentukan sama ada ia pertunjukan atau pertarungan sebenar.

Tetapi jaguh Ireland, McGregor dalam media sosialnya memuat naik imej dengan perkataan: "#tidak berminat."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 11:20 AM