AFP

London: Legenda Olimpik dan juara dunia, Mo Farah diseludup ke Britain dari Djibouti pada usia sembilan tahun dan terpaksa melakukan kerja pembantu rumah untuk mendapatkan makanan, katanya kepada BBC awal pagi tadi.

Jaguh Britain berusia 39 tahun itu yang dilahirkan di Somalia menambah nama sebenarnya Hussein Abdi Kahin ditukar kepada Mohamed Farah dalam dokumen penerbangan yang palsu oleh wanita yang tidak pernah ditemuinya sebelum itu.

Sejurus tiba di UK, wanita itu membawa dia ke rumahnya di Hounslow, barat London dan mengoyakkan kertas yang tertera maklumat keluarga Farah.

FARAH diseludup ke Britain ketika kecil.
FARAH diseludup ke Britain ketika kecil.

Keluarga wanita itu tidak membenarkan dia ke sekolah sehingga berumur 12 tahun.

'Ia adalah rahsia yang saya sorokkan sejak kecil dan mengharunginya selama ini memang sukar. Sebenarnya saya tidak seperti yang anda fikirkan dan sekarang apapun kesannya, saya perlu jelaskan kisah sebenar.'

Bagaimanapun, pendedahan luar biasa itu bukanlah kali pertama Sir Mo terbabit dengan kontroversi. Pada 2015 dia didapati gagal menjalani ujian doping, 2010 dan 2011 menjelang Sukan Olimpik.

BBC turut mendedahkan dua tahun lalu dia mengambil bahan terlarang sebelum menyertai Maraton London 2014 namun kerap menegaskan dia atlet yang bersih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 11:20 AM