Nelly Korda. FOTO AFP
Nelly Korda. FOTO AFP
AFP

Miami: Juara Olimpik Tokyo, Nelly Korda terkejut apabila dimaklumkan kembali berada di kedudukan nombor satu dunia ketika meneruskan usahanya memburu gelaran Pemain Terbaik tahun ini di Kejuaraan Pelican LPGA.

Kejohanan di Kelab Pelican dekat Tampa minggu ini adalah acara terakhir bagi musim LPGA disusuli Kejuaraan Jelajah minggu depan.

Disebabkan pungutan mata yang menurun dalam minggu ini, Nelly berjaya mengatasi sensasi Korea Selatan, Ko Jin-Young yang memenangi dua acara LPGA terakhir di Piala Founders dan akan mempertahankan mahkota Kejuaraan Jelajah minggu depan.

"Saya sangat terkejut," kata Nelly.

"Saya didatangi seseorang selepas tamat sesi latihan dan memberitahu saya kembali di kedudukan nombor satu dunia. Saya seperti tidak mempercayainya dan menyangkakan ia adalah gurauan. Bagaimana ia boleh berlaku?"

Jin-Young mendahului pemain berusia 23 tahun dari Amerika Syarikat menerusi pungutan mata bagi gelaran Pemain Terbaik Tahunan, tetapi Nelly dilihat mempunyai kelebihan untuk memintas pesaingnya itu.

Nelly memenangi tiga kejuaraan LPGA tahun ini termasuk kejohanan utama Kejuaraan Wanita PGA pada Jun begitu juga pingat emas Olimpik.

Namun dia hanya beraksi dua kali selepas aksi di Tokyo.

"Saya mengharungi jadual yang agak pelik dalam tempoh dua bulan lalu selepas agak lama tidak beraksi," kata Nelly.

"Saya hanya mahu kembali bersaingan dalam golf yang kompetitif."

Jin-Young pula menang empat kali dalam tempoh empat bulan dan menarik perhatian Nelly dengan prestasi mengagumkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 November 2021 @ 12:43 PM