Jarrell Miller. FOTO Agensi
Jarrell Miller. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Jarrell Miller mengadakan latihan bersama juara UFC ketika menjalani penggantungan daripada tinju.

Petinju heavyweight itu gagal dalam beberapa ujian dadah pra pertarungan dan rugi hampir £4 juta (RM22.8 juta) untuk berdepan Anthony Joshua.

Miller hanya digantung badan induk WBA selama enam bulan tetapi dialu-alukan kembali oleh promoter legenda, Bob Arum dan Top Rank.

Namun kontroversi sekali lagi menghimpit kepulangannya dalam pertarungan berdepan Jerry Forrest pada Julai tahun lalu selepas ia dibatalkan kerana gagal dalam satu lagi ujian dadah.

Miller digantung selama dua tahun tetapi sepanjang terbabit dalam isu doping dia tetap menjalani latihan dan meluangkan masa di Sanford MMA dekat Florida.

Dipimpin oleh jaguh kickboxing dari Belanda, Henri Hooft ia adalah gimnasium khusus di Amerika yang terkenal dengan lokasi latihan bintang UFC Kamaru Usman, 34, Luke Rockhold, 37, dan Gilbert Burns, 35.

Miller yang menceburi kickboxing profesional sejak akhir-akhir ini dilihat berlatih dengan bekas juara, Rockhold.

Disebalik menjalani latihan kickboxing, Miller turut mengintai peluang untuk kembali ke gelanggang tinju.

Malah promoternya, Dmitriy Salita mendedahkan di sebalik mahu bertarung berdepan Joshua, Miller juga mengintai peluang menentang Tyson Fury.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 2:53 PM