STADIUM MPT akan digunakan untuk aksi Sri Pahang pada musim ini berikutan penambah baikan Stadium Darul Makmur. FOTO MPT
STADIUM MPT akan digunakan untuk aksi Sri Pahang pada musim ini berikutan penambah baikan Stadium Darul Makmur. FOTO MPT
Asrol Awang


Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan harga tiket RM10 dan RM5 membabitkan perlawanan Sri Pahang FC berdepan Terengganu FC (TFC) pada aksi pramusim Liga Malaysia (Liga M) Zon Timur di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Ahad ini.

Menerusi hantaran Facobook rasmi Sri Pahang FC, tiket berharga RM10 itu membabitkan pentas utama manakala RM5 pula di tempat terbuka yang mula dijual pada 11 pagi hari perlawanan.

"Perlawanan dijadualkan bermula pada 9 malam dan peminat Sri Pahang diharap hadir memberikan sokongan.

"Perlawanan ini bagi menguji sistem video bantuan pengadil (VAR) yang bakal digunakan dalam saingan Liga Malaysia(Liga M) musim 2024/2025," menurut hantaran itu.

Pada musim baharu ini, SPFC menjangkakan aksi perlawanan membabitkan Sri Pahang dalam saingan Liga M, khususnya Liga Super di Stadium MPT mampu menarik lebih ramai peminat Tok Gajah menyaksikannya.

Aksi perlawanan yang beralih ke Stadium MPT dari Stadium Darul Makmur membolehkan peminat Sri Pahang dari enam daerah iaitu Temerloh, Maran, Raub, Jerantut, Lipis dan Bentong hadir ke stadium.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 6:44 PM