TRIPPIER bertikam lidah dengan penyokong sendiri. FOTO Reuters
TRIPPIER bertikam lidah dengan penyokong sendiri. FOTO Reuters
Agensi

London: Liga Perdana Inggeris (EPL) buat bagi kebanyakan orang, adalah liga terbaik di dunia.

Ia sememangnya adalah aksi bola sepak yang paling banyak ditonton di seluruh dunia.

Dengan keadaan itu, terdapat tekanan besar kepada pemain untuk beraksi minggu demi minggu.

Dengan permintaan yang begitu tinggi daripada peminat setiap kelab, ketegangan boleh berkembang dengan cepat pada hari perlawanan apabila perkara tidak dirancang.

Kebimbangan itu kadang-kadang, membawa kepada pertembungan antara pemain dan penyokong di khalayak ramai.

Baru-baru ini Kieran Trippier dan peminat Newcastle United bertikam lidah apabila Magpies tewas 0-2 di Bournemouth.

Menjelang perlawanan itu Eddie Howe dan pasukannya baru sahaja tewas 0-2 di tempat lawan menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara.

Pemain utama seperti Callum Wilson, Alexander Isak, Dan Burn dan Sven Botman tidak cergas manakala Bruno Guimaraes digantung dan Sandro Tonali didenda.

Akhirnya, dua gol dari Dominic Solanke mengesahkan kemenangan 2-0 untuk Cherries.

Selepas perlawanan, pertahanan kanan Trippier bergeraj ke arah peminat yang marah untuk mempertahankan prestasi pasukannya.

"Jadi para pemain tidak memberikan segala-galanya? Berapa banyak kecederaan yang membabitkan pemain kita? Berapa banyak kecederaan yang kita alami? Hei?," kata Trippier.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2023 @ 10:56 PM