NEUER kembali beraksi perkuatkan Bayern. FOTO Reuters
NEUER kembali beraksi perkuatkan Bayern. FOTO Reuters
AFP

Berlin: Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer mengakui bahawa dia bukan lagi penjaga gol nombor satu Jerman selepas kembali penuh beremosi dalam aksi Bundesliga selepas berehat akibat kecederaan selama setahun.

Neuer membuat penampilan pertamanya sejak patah kaki Disember lalu dalam kemenangan 8-0 Bayern ke atas Darmstadt, tetapi mengakui selepas itu bahawa dia berdepan pertarungan untuk menyingkirkan pesaing dari Barcelona, Marc-Andre ter Stegen daripada menjaga gawang pasukan kebangsaan.

"Dia pastinya penjaga gol nombor satu pada masa ini, tetapi itu bukan sesuatu yang saya fikirkan sekarang," kata pemain berusia 37 tahun itu, yang berharap untuk mengambil bahagian dalam Euro keempatnya apabila Jerman menjadi tuan rumah tahun depan.

"Saya berasa positif mengenai pasukan kebangsaan. Kami mempunyai penjaga gol yang hebat dan saya menantikan kejohanan Euro," katanya sambil menambah bahawa dia sudah bercakap dengan jurulatih baharu Jerman, Julian Nagelsmann.

"Buat masa ini, saya gembira dapat kembali dan kemunculan semula saya berjalan dengan baik."

Neuer, yang perlawanan terakhirnya untuk Bayern berlaku pada November 2022 menentang Schalke, mengakui bahawa dia gugup menjelang kembali beraksi.

"Ia sentiasa merasakan mungkin sesuatu berlaku apabila anda kembali selepas kecederaan yang lama. Anda boleh berdebat selama berabad-abad mengenai bila masa yang sesuai untuk kembali. Saya mempunyai perasaan yang baik dan saya memberi lampu hijau kepada jurulatih," katanya.

"Ia adalah hari yang sangat emosional. Saya sangat teruja untuk kembali bersama pemain di atas padang sekali lagi di hadapan peminat kami."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 12:51 PM