HOJLUND diperkenalkan kepada penonton ketika perlawanan persahabatan menentang di Old Trafford. -FOTO AFP
HOJLUND diperkenalkan kepada penonton ketika perlawanan persahabatan menentang di Old Trafford. -FOTO AFP
Agensi

London: Manchester United akhirnya mengesahkan menandatangani penyerang Denmark, Rasmus Hojlund yang berpindah dari Atalanta dengan nilai £64 juta (RM371.54 juta).

Hojlund bersetuju dengan kontrak lima tahun dengan pilihan untuk meneruskan semusim lagi apabila pengurus United, Erik ten Hag akhirnya mencapai hasratnya untuk membawa masuk penyerang menjelang kempen baharu Liga Perdana.

Pemain berusia 20 tahun itu boleh menelan kos United lebih £8 juta (RM46.44 juta) jika klausa tambahan dalam kontraknya dipenuhi.

"Bukan satu rahsia lagi bahawa saya menjadi peminat kelab hebat ini sejak saya masih kecil, dan saya bermimpi untuk keluar di Old Trafford sebagai pemain Manchester United.

"Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk mengubah impian itu menjadi kenyataan dan saya berazam untuk membalas kepercayaan yang ditunjukkan kelab kepada saya.

"Ia masih awal dalam karier saya, tetapi saya tahu bahawa saya bersedia untuk mengorak langkah ini dan bermain dengan kumpulan pemain bertaraf dunia ini.

"Sebaik sahaja saya bercakap dengan pengurus, saya tahu bahawa persekitaran ini sesuai untuk perkembangan saya.

"Saya menikmati peluang untuk bekerja dengan salah seorang jurulatih (Ten Hag) terbaik di dunia. Di bawah bimbingan dan sokongan beliau, saya tahu bahawa saya mampu mencapai perkara yang hebat bersama rakan sepasukan baharu saya di kelab istimewa ini," katanya.

Hojlund diperkenalkan kepada penonton Old Trafford selepas United melakar kemenangan 3-1 kami ke atas Lens, dengan Ten Hag membincangkan sebab di sebalik pembelian itu.

"Dia seorang penyerang yang sangat tepat ke gawang. Penekan yang sangat baik dan saya fikir dia akan membantu keseimbangan skuad ini kami memerlukannya.

"Di samping Rashford, (dia) seorang lagi pemain yang boleh menjaringkan gol dan itu semua dalam fikirannya – dia mahu menjaringkan gol.

"Saya fikir dia mempunyai potensi yang begitu besar dan kini terpulang kepada dia untuk meneroka dan kami akan menyokongnya – semua jurulatih.

"Saya pasti seluruh pasukan sedang menunggu pemain seperti dia dan mereka akan berintegrasi dan di bilik persalinan atau di atas padang mereka akan membantunya.

"Tetapi seperti yang saya katakan, akhirnya pemain - dia perlu membuktikannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 8:56 AM