BARISAN pemain PSG melakukan protes ketika pemain Cerezo Osaka meraikan jaringan Kagawa. FOTO AFP
BARISAN pemain PSG melakukan protes ketika pemain Cerezo Osaka meraikan jaringan Kagawa. FOTO AFP
AFP

Osaka: Bekas pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa menambah derita Paris Saint-Germain (PSG) selepas membantu pasukan Liga J, Cerezo Osaka menang 3-2 ke atas juara Ligue 1 itu dalam perlawanan kedua jelajah Jepun mereka.

Hugo Ekitike dan Vitinha menemui jaringan untuk PSG, tetapi Jordy Croux dan Sota Kitano menyamakan kedudukan sebelum Kagawa menjaringkan gol kemenangan Cerezo di Osaka.

Neymar sekali lagi gagal beraksi bersama PSG, selepas turut memanaskan bangku simpanan ketika seri 0-0 dengan Al Nassr diketuai Cristiano Ronaldo pada perlawanan pertama.

Kylian Mbappe diketepikan daripada skuad sebelum PSG berlepas ke Asia, dengan sumber memberitahu AFP bahawa kelab itu menerima bidaan rekod dunia sebanyak 300 juta euro (RM1.5 bilion) daripada Arab Saudi, Al Hilal, yang mahu mendapatkan Mbappe.

Kagawa menjaringkan gol kemenangan untuk Cerezo pada minit ke-79.

Perlawanan seterusnya untuk PSG adalah menentang naib juara Liga Juara-Juara, Inter Milan di Tokyo, Selasa ini.

PSG kemudian akan berkunjung ke Korea Selatan untuk menentang pasukan Liga K, Jeonbuk Hyundai Motors.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 9:59 PM