HUJAN lebat menyaksikan aksi persahabatan antara Spurs dan Leicester terpaksa dibatalkan. FOTO Reuters
HUJAN lebat menyaksikan aksi persahabatan antara Spurs dan Leicester terpaksa dibatalkan. FOTO Reuters
AFP

Bangkok: Persediaan pramusim Tottenham mengalami tamparan hari ini apabila perlawanan persahabatan menentang Leicester di Bangkok dibatalkan kerana padang ditakungi air.

Jurulatih baharu Ange Postecoglou menamakan kesebelasan utama yang kuat untuk pertembungan dengan The Foxes termasuk penyerang yang dikaitkan dengan Bayern Munich, Harry Kane.

Tetapi hujan lebat menyebabkan padang di Stadium Rajamangala tidak dapat digunakan dan perlawanan dibatalkan kira-kira setengah jam selepas waktu sepak mula.

Sebelum ini Tottenham kalah 2-3 dalam satu lagi aksi persahabatan ketika berdepan seteru London, West Ham di Perth dan peminat tidak sabar menyaksikan kebangkitan yang dijangka di bawah Postecoglou.

Spurs bertandang ke Singapura untuk pusingan seterusnya jelajah Asia mereka ketika mereka bersedia untuk kempen Liga Perdana Inggeris dengan aksi pertama di tempat lawan menentang Brentford pada 13 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 8:28 PM