VICTOR Osimhen (kiri) meraikan kemenangan Napoli ke atas Juventus. FOTO AFP
VICTOR Osimhen (kiri) meraikan kemenangan Napoli ke atas Juventus. FOTO AFP
AFP

Milan: Luciano Spalletti menyeru Napoli untuk tidak berasa megah walaupun mereka berjaya menewaskan Juventus 1-0.

Ia sekali gus menyaksikan mereka kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk merangkul mahkota Serie A.

Giacomo Raspadori menjaringkan gol pada masa kecederaan yang membolehkan Napoli meraih kemenangan bermakna di tempat lawan sekali gus meletakkan mereka memiliki kelebihan 17 mata di tangga teratas liga.

Kemenangan itu juga secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukannya yang ditunjuk jalan keluar oleh AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

Sekiranya Napoli menewaskan Salernitana Sabtu ini, mereka hanya perlu mengharapkan Inter Milan untuk mengelak kekalahan di laman sendiri di tangan Lazio untuk dinobatkan sebagai juara buat kali pertama sejak 1990.

"Kami perlu menunggu sebelum boleh meraikan kejayaan kerana masih mempunyai perlawanan untuk ditempuh," kata Spalletti.

"Mereka bermain dengan sangat baik dan bukan mudah untuk melakukannya dalam tempoh singkat selepas tersingkir di Liga Juara-Juara. Saya tidak fikir kami boleh melakukan apa-apa lagi malam ini."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2023 @ 10:27 AM