SHERZOD (kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO Sri Pahang FC
SHERZOD (kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Pemain import Sri Pahang FC, Sherzod Fayziev percaya skuad itu mampu menjulang sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pertahanan import dari Uzbekistan itu berkata, misi peribadi bersama Sri Pahang bersama rakan sepasukan adalah untuk menggembirakan peminat skuad Tok Gajah.

"Musim kedua bersama Sri Pahang, saya dan rakan sepasukan harap dan berusaha untuk menggembirakan peminat dengan memenangi piala.

"Musim ini, Sri Pahang tampil lebih bagus berbanding musim lalu. Oleh itu sudah pasti kami akan cuba memenangi piala kerana kami bermain untuk peminat yang membantu memberikan sokongan," kata pemain berusia 31 tahun itu.

Selain Fayziev, tujuh pemain import yang didaftarkan Sri Pahang musim ini ialah Kevin Ingreso dari Filipina, Kpah Sherman (Liberia), Stefano Brundo (Argentina), Lucas Silva (Brazil) dan Michael Glassock (Australia).

Dua lagi pemain ialah dari Korea Selatan, Lee Jeong Geun dan Lee Ji-Yong. Selepas lima perlawanan dalam saingan Liga Super, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelima dengan mengutip sembilan mata daripada dua kemenangan dan tiga seri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2023 @ 10:24 PM