PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris meraikan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Leicester City, Sabtu lalu. FOTO Reuters
PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris meraikan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Leicester City, Sabtu lalu. FOTO Reuters
AFP

Paris: Kapten, Hugo Lloris dan pemain pertahanan, Theo Hernandez menyertai senarai pemain Perancis yang cedera menjelang aksi Liga Negara-Negara menentang Austria dan Denmark, minggu ini.

Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) memaklumkan, penjaga gol Nantes, Alban Lafont dan bek Aston Villa, Lucas Digne dipanggil sebagai pengganti bagi perlawanan menentang Austria pada Khamis dan Denmark pada Ahad.

Lloris cedera paha kanan manakala Hernandez cedera otot, sekali gus menjejaskan persiapan juara dunia itu yang dihimpit masalah kecederaan.

Selain kehilangan Paul Pogba yang sedang dalam pemulihan selepas pembedahan lutu, jurulatih, Didier Deschamps tidak dapat menggunakan khidmat Presnel Kimpembe, Lucas Hernandez, N'Golo Kante, Kingsley Coman dan Karim Benzema.

Nasib malang berterusan apabila pemain yang dipanggil menggantikan Pogba iaitu Boubacar Kamara pula mengalami masalah lutut.

Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan dijangka menggantikan tempat Lloris, iaitu pemain kedua membuat penampilan terbanyak untuk Perancis dengan 139 cap.

Penyerang Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani dipanggil buat kali pertama bersama bek tengah Monaco, Benoit Badiashile dan rakan sekelabnya, Youssouf Fofana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 10:37 PM