LENGLET bakal memperkuatkan bahagian pertahanan Spurs. FOTO Agensi
LENGLET bakal memperkuatkan bahagian pertahanan Spurs. FOTO Agensi
Agensi

London: Clement Lenglet sedia untuk menyertai Tottenham Hotspur selepas urusan perpindahan pemain itu sudah selesai.

Tottenham mahu memperkuatkan bahagian pertahanan tengah dan sebelum ini sudah menyenaraikan beberapa pemain berpotensi untuk di bawa masuk termasuk pemain Barcelona berkenaan.

Gergasi Catalan memang mahu melepaskan pertahanan tengah itu dan pada asalnya ingin menjual pemain berkenaan pertengahan tahun ini.

Tottenham tertekan untuk memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Juara-Juara musim depan dan Conte tidak mahu mereka kekurangan pilihan dalam skuad.

Conte membawa masuk Lenglet dan Tottenham juga mengelak pembelian kekal yang berpotensi perlu melabur lebih tinggi dalam proses berkenaan.

Peminat Spurs berharap Lenglet, yang menyertai Barcelona dari Sevilla, boleh memberikan impak yang sama baiknya seperti yang dilakukan oleh Cristian Romero musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2022 @ 11:31 AM