RB Leipzig julang Piala Jerman kali pertama. -FOTO AFP
RB Leipzig julang Piala Jerman kali pertama. -FOTO AFP
AFP

Berlin: RB Leipzig yang beraksi dengan 10 pemain menjulang Piala Jerman pada percubaan kali ketiga mereka apabila menang 4-2 menerusi sepakan penalti selepas bangkit untuk mencatatkan keputusan seri bertemu Freiburg.

"Untuk menang dengan 10 pemain, banyak yang mengatakan tentang mentaliti kami dan saya sangat bangga. Ia satu yang hebat akhirnya dapat memenangi gelaran ini buat pertama kali," kata pemain tengah Leipzig Emil Forsberg.

Maximilian Eggestein meletakkan Freiburg di depan di Olimpik Stadium Berlin sebelum Christopher Nkunku menyamakan kedudukan pada minit ke-90 selepas Marcel Halstenberg dibuang padang.

Kejayaan Leipzig itu hadir selepas mereka tewas pada penampilan terakhir Piala Jerman sebelum ini kepada Bayern Munich pada 2019 dan Dortmund musim lalu.

"Ia gila, kami bermain 60 minit dengan 10 pemain," kata pengarah urusan Leipzig Oliver Mintzlaff.

"Kami akan meraikannya kerana ini adalah malam bersejarah bagi kami."

Pengendali Leipzig Domenico Tedesco menamatkan musim pertamanya dengan trofi selepas menggantikan Jesse Marsch pada Disember lalu.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 11 tahun Bayern Munich atau Borussia Dortmund gagal beraksi di pentas final.

Juara Bundesliga Bayern tersingkir di pusingan kedua selepas dibelasah 5-0 oleh Borussia Moenchengladbach pada Oktober.

Dortmund yang muncul naib juara liga musim ini, tewas 2-1 di tangan kelab divisyen dua St Pauli dalam pusingan ketiga Januari lalu.

The trophy ceremony was delayed while a person, believed to be a fan, was treated next to the pitch for a medical emergency.

It is the first major title won by RB Leipzig, who are backed by energy drinks giants Red Bull and were only founded in 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 10:54 AM