RAMOS mahu terus kekal beraksi di peringkat tertinggi. -FOTO AFP
RAMOS mahu terus kekal beraksi di peringkat tertinggi. -FOTO AFP
AFP

Paris: Pertahanan veteran Paris Saint-Germain dari Sepanyol Sergio Ramos menegaskan bahawa dia ingin bermain untuk tempoh empat atau lima tahun lagi dalam arena bola sepak peringkat tertinggi sebelum bersara.

Ramos yang berusia 36 tahun menyertai PSG pada Julai selepas memenangi Liga Juara-Juara buat kali keempat bersama Real Madrid, Piala Dunia 2010 dan dua kali juara Eropah bersama Sepanyol.

"Saya ingin bermain untuk empat atau lima tahun lagi di peringkat tertinggi sebelum beralih mendapatkan pengalaman baru," kata Ramos.

"Saya mengikat kontrak untuk dua tahun di Paris Saint-Germain dan kami akan berusaha untuk cuba dan menjadikannya tiga tahun, satu lagi dan kemudian kita akan lihat.

"Selagi saya boleh bertahan secara fizikal, saya percaya saya boleh kekal fokus," katanya.

Sejak ketibaannya di Ligue 1 dua bergelut dengan masalah betis yang menyaksikan dia terlepas aksi untuk lima bulan pertama musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2022 @ 7:26 AM