Pemandu Red Bull, Max Verstappen. FOTO AFP
Pemandu Red Bull, Max Verstappen. FOTO AFP
AFP

Jeddah, Arab Saudi: Juara Dunia, Max Verstappen berharap dapat melupakan kekecewaan pada pembukaan musim dan mempamerkan perwatakan sebenar bersama jentera baharu Red Bull di Grand Prix (GP) Arab Saudi.

Sehari sebelum terpaksa menarik diri, dia pemanduan meyakinkan apabila berada di kedudukan kedua di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc di GP Bahrain, pemandu Belanda berusia 24 tahun itu berkata dia mahu kembali lebih kuat dan pantas pada kelajuan tinggi di Litar Jeddah.

"Minggu lalu adalah sukar buat kami untuk menerimanya," kata Verstappen yang melepaskan kekecewaannya ketika perlumbaan menerusi alat radio pasukan sebelum masalah bahan api menghalang dirinya meneruskan baki empat pusingan.

"Ia amat mengecewakan. Anda sering memperkatakan kepada diri sendiri dan begitu juga kepada pasukan bahawa kami perlu mendapatkan mata. Tidak kisah jika ia hanya satu atau dua mata pada perlumbaan mingguan pertama.

"Anda dapat lihat itu. Pada awalnya saya tidak berdepan risiko yang terlalu besar dalam persaingan bersama Charles. Ia persaingan bersih dan saya sangat gembira dengan kedudukan kedua tetapi untuk kehilangan begitu banyak mata adalah sangat mengecewakan.

"Anda tahu dalam kejuaraan apabila ia membabitkan persaingan sengit dan pada penghujung, terdapat beberapa mata yang sangat penting turut membantu."

Leclerc mengatasi rakan sepasukan dari Ferrari, Carlos Sainz dalam kedudukan 1-2 buat pasukan dari Itali itu ketika Lewis Hamilton menduduki tempat ketiga untuk Mercedes.

Ia adalah kemenangan pertama Ferrari sejak 2019 dan mengembalikan semula persaingan sengit jentera pengeluaran perlumbaan F1.

"Litar Jeddah masih baru bagi kami. Tahun lalu cabarannya cukup sengit," Verstappen.

"Ia sememangnya litar yang pantas dengan laluan lurus kelajuan tinggi dan tahun ini kereta kami agak berat sedikit jadi ia akan menjadi lebih menarik untuk melihat bagaimana prestasinya nanti."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2022 @ 11:08 AM