PEP Guardiola. -FOTO Reuters
PEP Guardiola. -FOTO Reuters
AFP

London: Pep Guardiola memberi amaran kepada pemain Manchester City bahawa mereka memerlukan jumlah mata yang 'luar biasa' untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana.

Skuad Guardiola itu kini sembilan mata mengatasi Liverpool di tangga kedua selepas The Reds menewaskan Leicester Khamis lalu.

City yang mempunyai baki 14 perlawanan manakala Liverpool mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan mampu merapatkan jurang.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata selepas perlawanan menentang Leicester bahawa tiada peluang untuk mengejar juara namun Guardiola sedar akan keupayaan Liverpool dan perlu mengumpul mata yang besar.

Liverpool mengumpul 99 mata ketika mereka merangkul gelaran juara dua tahun lalu dan meraih 97 ketika menamatkan saingan di tempat kedua pada 2019.

The Reds masih mampu untuk meraih 96 musim ini dan Guardiola percaya City perlu berusaha keras mengatasi cabaran bagi merebut kejuaraan.

"Kami mencatatkan keputusan luar biasa dalam Liga Perdana - 14 perlawanan, 13 kemenangan dan satu seri, itu hebat.

"Manakala Liverpool masih terus mengejar dan itu menunjukkan betapa bagusnya lawan kami.

"Jika kami mahu berjuang untuk menang Liga Perdana, kami perlu meraih jumlah mata yang luar biasa menentang lawan dan itu yang kami hadapi musim lalu berkali-kali. Tiada keraguan mengenai perkara itu.

"Perbezaan mata dengan Liverpool itu tidak bukan apa-apa. Kami perlu menang lebih banyak perlawanan dengan lebih banyak mata lebih dari 90 mata, untuk mencapai 95 atau 96 dan menjadi juara. Saya pasti mengenainya. Itu sudah pasti."

City mendapat pujian kerana konsistensi yang dipamerkan dalam mengejar gelaran juara liga dan berada di kelompok empat terbaik sepanjang lima musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Februari 2022 @ 9:14 AM