PENYERANG England, Raheem Sterling (kiri) meraikan jaringannya ketika England menewaskan Jerman 2-0 di pusingan kedua Euro 2020 di Wembley, hari ini. FOTO AFP
PENYERANG England, Raheem Sterling (kiri) meraikan jaringannya ketika England menewaskan Jerman 2-0 di pusingan kedua Euro 2020 di Wembley, hari ini. FOTO AFP
AFP

London: Wira England, Raheem Sterling memuji keinginan pasukannya untuk mencipta sejarah apabila menewaskan Jerman buat kali pertama di peringkat kalah mati kejohanan utama sejak 1966, hari ini, untuk mara ke suku akhir Euro 2020.

Sterling membuka jaringan menerusi gol ketiganya sepanjang kejohanan ini pada minit ke-75 sebelum kapten, Harry Kane menutup mulut pengkritik untuk menjadikan kedudukan 2-0 empat minit sebelum perlawanan tamat.

"Ia nampak bagus," kata Sterling apabila England menamatkan badi kekalahan di tangan Jerman.

"Kami tahu perlu menunjukkan prestasi terbaik menentang pasukan hebat dan kami melakukannya hari ini."

Sterling tidak pernah menjaringkan gol untuk Enland di kejohanan utama, tetapi dia kini wira negaranya yang melangkah ke suku akhir.

"Melakukan perkara itu untuk negara memang selalunya istimewa dan sudah itu, ia amat istimewa untuk saya," katanya.

"Saya meraikan jaringan itu sedikit lewat dengan harapan tidak berada pada posisi ofsaid. Saya gembira bola masuk ke gawang dan kami menang."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 2:49 AM