Reaksi dua penyokong Jerman ketika berdepan Hungary di Allianz Arena, Munich pada saingan Euro 2020. FOTO AFP
Reaksi dua penyokong Jerman ketika berdepan Hungary di Allianz Arena, Munich pada saingan Euro 2020. FOTO AFP
AFP

Berlin: Peminat bola sepak Jerman diberikan amaran supaya tidak melakukan perjalanan ke Wembley pada Selasa bagi aksi kelompok 16 terakhir Euro 2020 menentang England oleh pegawai kanan, Persatuan Perubatan Dunia kerana berdepan risiko jangkitan varian Delta bagi virus Covid-19.

Jerman hampir dikejutkan Hungary sebelum terikat 2-2 untuk membolehkan mara ke peringkat kalah mati kejohanan berdepan England di Stadium Wembley, London.

Berikutan sekatan perjalanan kerana Covid-19 dan varian Delta di UK, mereka yang kembali ke Jerman dari Britain perlu menjalani kuarantin dua minggu dan rakyat Jerman turut diberi amaran berdepan risiko tinggi.

"Sekalipun individu yang sudah di vaksin mengikuti penjarakan fizikal dan mematuhi arahan tidak berkumpul di stadium (Wembley) ia tetap mendatangkan risiko," kata pengerusi Persatuan Perubatan Dunia, Frank Ulrich Montgomery kepada akhbar Jerman, Passauer Neue Presse.

"Sesiapa yang belum menerima vaksin pula bertindak sebaliknya, apabila memberikan varian Delta yang lazim di UK dan berisiko dijangkiti."

Sesiapa yang menghadiri perlawanan Euro 2020 harus mengikuti syarat kemasukan ketat, yang termasuk membuktikan ujian negatif bagi Covid-19.

Selepas 25,000 penyokong perlawanan peringkat kumpulan membabitkan England, pihak berkuasa tempatan membenarkan kehadiran 45,000 penyokong bagi dua perlawanan 16 terakhir di Wembley, menyamai hampir 50 peratus kapasiti.

Ia seterusnya meningkatkan kepada lebih 60,000 penyokong bagi separuh akhir dan final di stadium sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 9:34 PM