ALVES mengalami kecederaan lutut ketika beraksi bersama Sao Paolo. FOTO AFP
ALVES mengalami kecederaan lutut ketika beraksi bersama Sao Paolo. FOTO AFP
AFP

Sao Paulo: Pertahanan veteran, Dani Alves terlepas dua aksi kelayakan Piala Dunia bersama Brazil kerana mengalami kecederaan lutut.

Pemain berusia 38 tahun itu, yang dipanggil semula menyertai skuad oleh jurulatih Tite buat kali pertama sejak Oktober 2019, mengalami kecederaan lutut ketika Sao Paolo seri tanpa jaringan dengan Palmeiras pada perlawanan pertama Kejohanan Paulista Khamis lalu,

Bekas pemain Barcelona, Juventus dan Paris Saint Germain (PSG) itu tidak dapat menyertai pasukan untuk aksi 4 dan 8 Jun berdepan Ecuador dan Paraguay.

Dia akan digantikan dalam skuad Tite dengan pemain berusia 22 tahun, Emerson yang dipinjam oleh Real Betis dari Barcelona musim ini

Alves mampu untuk kembali ke pangkuan Selecao di Copa America, di mana ia bermula 13 Jun jika dia kembali cergas.

Brazil mengetuai saigan kelayakan Amerika Selatan, dengan mengumpul 12 mata selepas memenangi kesemua empat perlawanan dan hanya melepaskan dua gol

Argentina di tempat kedua dengan 10 mata, diikuti Ecuador sembila mata.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 9:13 AM