GATTUSO cari pengalaman baru di Fiorentina. FOTO AFP
GATTUSO cari pengalaman baru di Fiorentina. FOTO AFP
AFP

Rom: Gennaro Gattuso dilantik sebagai jurulatih Fiorentina, kurang daripada 48 jam selepas beliau mengumumkan untuk meninggalkan Napoli.

"Gennaro Gattuso akan menjadi jurulatih baru Fiorentina," kata presidennya, Rocco Commisso dalam satu pengumuman di laman sesawang pasukan.

Gattuso yang memulakan pada 1 Julai, menggantikan Giuseppe Iachini, yang meninggalkan kelab sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan.

Iachini yang memulakan tugas musim lalu, dipecat dan digantikan dengan Cesare Prandeli pada Disember namun dipanggil semula selepas Prandelli meninggalkan pasukan Mac lalu.

Selepas memastikan kelab berjaya mengelak daripada tersingkir, Iachini meletak jawatan tatkala Fiorentina mengakhiri kempen di tempat ke-13.

Media Itali melaporkan sebelum itu pada hari Lazio memecat jurulatih Simone Inzaghi dan akan menjadi destinasi Gattusso seterusnya.

Gattuso, 43 tahun adalah bekas pemain tengah AC Milan dan Rangers serta pernah membimbing Milan sebelum menggantikan Carlo Ancelotti di Napoli pada Disember 2019.

Gattuso membimbing Napoli sehingga mendapat trofi utama pertama apabila mereka memenangi Piala Itali Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 8:55 AM