MESSI rasa terkilan tidak meminta jersi Ronaldo dan Carlos. FOTO Agensi
MESSI rasa terkilan tidak meminta jersi Ronaldo dan Carlos. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Legenda Barcelona dan Argentina, Lionel Messi mengakui agak terkilan tidak bertukar jersi dengan wira Brazil, Ronaldo dan Roberto Carlos.

Dalam temubual santai mengenai karier bola sepak, kehidupan dan masa senggang, Messi mengakui tindakan berkenaan membuatkannya berasa menyesal.

Pemegang rekod penjaring terbanyak Barca itu beberapa kali berdepan dengan Ronaldo dan Carlos pada awal kariernya termasuk aksi 'El Clasico' antara pasukannya dengan Real Madrid.

Ketika itu kedua-dua pemain berkenaan beraksi bersama seteru utama Barca, dan sekarang dia pula menjadi buruan pemain lain bertukar jersi selepas perlawanan tamat.

Messi masih berharap bahawa dia dapat berbuat demikian dengan legenda yang membantu Brazil muncul juara Piala Dunia 2002.

"Saya memang tidak pernah meminta untuk mendapatkan jersi pemain lain ketika dari kanak-kanak lagi.

"Begitu juga dengan Ronaldo dan Carlos, pemain yang saya pernah berdepan dan sekarang saya berasa teringin untuk mendapatkan jersi mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 9:59 PM