KESESAKAN jalan raya juga tidak boleh menghalang ‘King Zlatan’ yang menumpang motosikal orang tidak dikenali untuk ke festival muzik. FOTO Agensi
KESESAKAN jalan raya juga tidak boleh menghalang ‘King Zlatan’ yang menumpang motosikal orang tidak dikenali untuk ke festival muzik. FOTO Agensi
AFP

Milan: Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic mendedahkan dia terpaksa menumpang motosikal agar tidak terlepas menghadiri festival muzik terkenal Itali, Sanremo, di mana dia melakukan persembahan duet bersama jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi peserta jemputan di festival yang berlangsung selama lima hari di Pantai Liguria walaupun mengalami kecederaan dia kembali ke Milan pada pertengahan minggu untuk berada di tempat duduk penonton menyaksikan rakan sepasukan beraksi menentang Udinese.

Selepas latihan dan rawatan, dia kembali semula ke Sanremo namun terkandas disebabkan kesesakan jalan raya kerana berlaku kemalangan.

"Selepas tiga jam di dalam kereta saya keluar dan menahan penunggang motosikal dengan bertanyakan kepadanya boleh bawa saya ke Sanremo.

"Saya tahu ia memang luar biasa. Saya membuat rakaman video jika tidak tiada siapa akan mempercayainya.

"Adakah saya mengambil risiko? mungkin ya tapi saya tidak takut untuk mengambil risiko dan saya tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk tiba di sana pada waktu yang ditetapkan.

"Hanya dua saksi menyaksikan kejadian itu, pemandu kereta dan seorang kawan saya. Mereka memberi saya GPS untuk mencari saya, sebagai langkah berjaga-jaga takut penunggang motosikal itu membawa saya ke tempat lain," katanya.

Ibrahimovic dan rakan baik lamanya dari Serbia, Mihajlovic, 52, yang baru-baru ini bertarung dengan penyakit leukemia, mempersembahkan lagu popular Itali era 70-an, 'Lo Vagabondo' di atas pentas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 10:56 AM