STERLING (tengah) meraikan kejayaan mencetak gol kemenangan Manchester City. FOTO EPA
STERLING (tengah) meraikan kejayaan mencetak gol kemenangan Manchester City. FOTO EPA
AFP

London: Manchester City kekal 10 mata untuk terus menguasai carta Liga Perdana dengan tandukan awal Raheem Sterling sudah cukup untuk mereka menumpaskan Arsenal 1-0.

Manchester United dan Leicester menjadi pencabar terdekat City selepas United menewaskan Newcastle 3-1 di Old Trafford dan Leicester menang 2-1 ke atas Aston Villa.

Kemenangan ke-18 berturut-turut dalam semua perlawanan menjadikan City semakin menghampiri gelaran juara liga yang ketiga dalam tempoh empat tahun biarpun pasukan Pep Guardiola tidak mencapai tahap terbaik dalam beberapa minggu kebelakangan ini di Emirates.

Sterling mampu meledakkan lebih banyak gol dalam tempoh lima minit pertama namun percubaannya hasil umpanan silang Riyad Mahrez memastikan mereka meraih tiga mata berharga menyaksikan City melakarkan kemenangan ke-10 dari 13 perlawanan liga.

"Ramai berpendapat ia mudah. Tapi ia sangat sukar.

"Saya tidak menjangkakan konsisten ini pada bulan lalu. Memang 1-0 dalam perlawanan ini itu yang kami mahukan," kata Guardiola.

Arsenal kekal di tangga ke-10 dengan peluang terbaik mereka untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan bergantung kepada kejayaan mereka di Liga Europa.

Manakala Tottenham dua mata mengatasi Arsenal yang kini berkedudukan tempat kesembilan, sembilan mata di belakang empat pasukan teratas selepas mengalami kekalahan kelima dalam enam perlawanan liga terakhir mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 8:58 AM