ROONEY menamatkan karier sebagai pemain untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas pengurus Derby. FOTO AFP
ROONEY menamatkan karier sebagai pemain untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas pengurus Derby. FOTO AFP
AFP

London: Wayne Rooney secara rasmi bersara sebagai pemain bola sepak untuk memegang jawatan sepenuh masa selaku pengurus Derby County, selepas kelab Liga Kejuaraan itu membuat pengumuman.

Derby mengesahkan bekas pemain Manchester United dan penyerang England bersetuju untuk melatih secara tetap sehingga 2023 selepas menggantikan Phillip Cocu selaku pengendali sementara November lalu.

Kenyataan kelab itu mengesahkan mereka menerima peranan Rooney selaku pengurus sekali gus menamatkan karier sebagai pemain bagi memberi fokus sepenuhnya dengan jawatan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 11:00 PM