Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus. FOTO Agensi
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus. FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester City mengesahkan Gabriel Jesus, Kyle Walker, dan dua kakitangan kelab itu diuji positif Covid-19.

Kesemua mereka kini menjalani tempoh pengasingan menjelang aksi Boxing Day menentang Newcastle, yang turut berdepan masalah virus itu sehingga menyebabkan Jamaal Lascelles dan Allan Saint-Maximin terpaksa disisihkan.

Kedua-dua pemain beraksi ketika City mencatat kemenangan 4-1 ke atas Arsenal dalam saingan Piala Liga semalam, dengan City dijadualkan melayan kunjungan Newcastle pada perlawanan Boxing Day di Liga Perdana Inggeris.

Menurut kenyataan kelab itu: "Manchester City FC mengesahkan Gabriel Jesus, Kyle Walker, dan dua lagi kakitangan diuji positif Covid-19.

"Mereka kini menjalani tempoh pengasingan diri mengikut protokol Liga Perdana dan Kerajaan UK mengenai kuarantin.

"Semua orang di kelab berharap rakan sepasukan kami cepat sembuh sepanjang tempoh Krismas sebelum mereka kembali bekerja, menyertai latihan dan terbabit dalam pertandingan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 8:46 PM