APA saja barangan yang pernah disentuh Maradona dijadikan bahan pameran. FOTO AFP
APA saja barangan yang pernah disentuh Maradona dijadikan bahan pameran. FOTO AFP
AFP

Kannur: Walaupun India adalah negara yang terkenal dengan sukan kriket, kematian Diego Maradona turut mengejutkan salah sebuah negeri di negara berkenaan yang mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari dan penyokong pula berkumpulan di bilik hotel yang pernah diduduki legenda bola sepak itu.

Legenda bola sepak Argentina itu, yang meninggal dunia awal pagi ini pada usia 60 tahun, sangat dihormati di negeri Kerala tatkala kulit udang yang pernah dimakan ketika lawatan pada 2012 juga turut dikeringkan dan diletakkan bingkai.

Sebilangan peminat dan wartawan menuju ke Hotel Blue Nile di Kannur untuk memberikan penghormatan selepas kerajaan negeri berkenaan mengumumkan tempoh berkabung serta pemuzik tempatan pula mengalunkan lagu ditujukan khas kepada legenda berkenaan.

Pemilik hotel, Ravindran Veleimbra mengimbau kembali detik Maradona masuk ke lobi hotelnya.

"Dewa kami sudah sampai, beliau berada di depan kami," katanya kepada AFP.

Lawatan Maradona menimbulkan kekecohan di negeri bahagian selatan India itu, yang mengubah tradisi sukan daripada kriket kepada bola sepak.

Veleimbra masih ingat peristiwa di mana segerombolan peminat memakai jersi biru dan putih Argentina dengan memenuhi jalan raya dan ada yang menempuh perjalanan beratus kilometer menaiki kereta, bas serta basikal.

Apa saja barang yang Maradona sentuh di Bilik 309 semuanya dijadikan bahan pameran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 8:35 PM