AKSI pembuka tirai Liga M 2021 akan bermula dengan JDT akan bertemu Kedah. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
AKSI pembuka tirai Liga M 2021 akan bermula dengan JDT akan bertemu Kedah. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Aksi Liga Malaysia musim 2021 bakal membuka tirai pada Februari tahun depan dengan perlawanan pembukaan menyaksikan pertembungan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang naib juara liga, Kedah.

Perlawanan yang bakal berlangsung 26 Febuari itu menyaksikan episod ulangan perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah atau Sumbangsih pada musim ini dengan menyaksikan JDT berjaya menundukkan Kedah.

Menerusi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memutuskan bahawa Kedah akan mengisi slot Piala Sultan Ahmad Shah sebagai status naib juara Liga Super berikutan tiada pemenang Piala FA dan TM Piala Malaysia di mana kedua-dua kejohanan itu terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, perlawanan domestik seperti Liga Super dan Liga Perdana bermula pada 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021.

Beliau berkata, kejohanan Piala FA bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2021 sehingga aksi final pada 11 September 2021 manakala Piala Malaysia bermula 17 dan 18 September 2021 sehingga 27 November 2021.

Manakala kejohanan Piala Cabaran akan berlangsung pada 3 dan 4 September 2021 sehingga final pertama pada 6 atau 7 November 2021 diikuti final kedua pada 13 atau 14 November 2021.

"Bagi persiapn pasukan untuk musim 2021, pihak MFL menetapkan tempoh pendaftaran pertama, pasukan boleh mendaftarkan pemain bermula 21 November depan sehingga 14 Februari 2021 di mana mereka memiliki tempoh sehingga 12 minggu.

"Bagi tempoh pendaftaran kedua, pasukan boleh berbuat perkara sama bermula 12 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 di mana tempoh empat minggu masa telah diperuntukkan," katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 11:44 PM