Rodrigo (kiri) menjalani kuarantin selepas positif Covid-19. FOTO File Agensi
Rodrigo (kiri) menjalani kuarantin selepas positif Covid-19. FOTO File Agensi
Agensi

London: Penyerang Leeds, Rodrigo mengesahkan dia didapati positif Covid-19 dan akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Crystal Palace, Sabtu ini.

Pemain skuad Elland Road turut tersisih ketika kekalahan 1-4 mereka di laman sendiri kepada Leicester semalam.

Kini dia terpaksa diketepikan pada pertembungan Sabtu ini berdepan skuad Eagles kerana perlu menjalani kuarantin.

Rodrigo sebelum ini memaklumkan dia mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang diuji positif Covid-19.

Tapi bekas bintang Valencia yang berusia 29 tahun itu mendedahkan dia berasa sihat dan akan memberi sokongan kepada rakan sepasukannya dari tempat duduk kediamannya hujung minggu ini.

Bercakap di Instagram, Rodrigo memberitahu: "Malangnya saya diuji positif Covid-19, selepas mempunyai kontak rapat dengan salah seorang anggota keluarga yang dijangkiti tanpa memberitahu apapun kepada kami.

"Sebagai protokol, saya akan menjalani pengasingan diri dan akan terlepas perlawanan menentang Crystal Palace.

"Saya dan keluarga dalam keadaan baik saja. Kami bernasib baik kerana masih dalam kesihatan yang baik dan kekal dengan sikap positif.

"Saya akan memberi sokongan kepada Leeds dari rumah dan pasukan kebangsaan Sepanyol sebagai penyokong malah akan segera kembali ke padang tidak lama lagi.

"Terima kasih diatas sikap prihatin semua yang terbabit."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 8:13 PM