AARON (kiri) dan Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum layak ke suku akhir Terbuka India, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
AARON (kiri) dan Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum layak ke suku akhir Terbuka India, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa dikerah bekerja keras sebelum menempah slot ke suku akhir Terbuka India, sebentar tadi.

Pasangan juara dunia itu terpaksa beraksi hampir sejam untuk mencatat kemenangan 15-21, 21-19, 21-19 ke atas pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan di pusingan kedua di Dewan Tertutup KD Jadhav.

Sebelum ini, di pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lalu, mereka terpaksa melalui pertarungan hampir sama sebelum menumpaskan gandingan ke-34 dunia itu.

Layak ke suku akhir setidak-tidaknya memadam kekecewaan di Terbuka Malaysia apabila terkandas di pusingan kedua selepas kalah kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23.

Menanti pasangan nombor tiga dunia itu di suku akhir, hari ini ialah gandingan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang mengalahkan wakil Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-16, 13-21, 21-19.

Berdasarkan rekod pertemuan lima kali sebelum ini, ia milik Aaron-Wooi Yik yang mendahului pasangan profesional itu 3-2.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2023 @ 10:47 PM