Aksi beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chang Peng Soon berdepan pasangan China, Wang Yi Lynd dan Huang Dong Ping dalam perlawanan Kumpulan D saingan Olimpik Tokyo. FOTO Bernama
Aksi beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chang Peng Soon berdepan pasangan China, Wang Yi Lynd dan Huang Dong Ping dalam perlawanan Kumpulan D saingan Olimpik Tokyo. FOTO Bernama
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Hasrat beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk menutup kempen Olimpik Tokyo dengan kemenangan selepas gagal meneruskan kemaraan tidak kesampaian.

Pemenang pingat perak Rio 2016 itu tewas kepada gandingan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21 pada perlawanan terakhir Kumpulan D.

Ini bermakna, gandingan profesional negara itu gagal meraih sebarang kemenangan selepas turut tewas dua perlawanan pertama sebelum ini.

Peng Soon-Liu Ying nyata gagal memberi saingan sengit di set pertama sebelum tunduk 13-21.

Namun mereka dilihat mempamerkan kebangkitan di set kedua untuk cuba mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi ternyata lawan mereka yang menduduki ranking ketiga dunia itu lebih tenang di hujung saingan apabila menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-19.

Yi Lyu-Dong Ping juga melebarkan rekod pertemuan kepada lapan kemenangan berbanding Peng Soon-Liu Ying yang hanya pernah menewaskan lawan mereka itu sebanyak dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 6:57 PM