ARUL berkata beliau idak perlu menjalani ujian atau kuarantin kerana tidak mempunyai sebarang gejala. FOTO Owee Ah Chun
ARUL berkata beliau idak perlu menjalani ujian atau kuarantin kerana tidak mempunyai sebarang gejala. FOTO Owee Ah Chun
Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara turun menjalani latihan seperti biasa dan tidak perlu khuatir berikutan ketua jurulatih Arul Selvaraj dan pembantunya, Amin Rahim disahkan bebas daripada Covid-19 tanpa perlu menjalani ujian swab.

Arul ketika dihubungi memaklumkan perkara itu bahawa beliau tidak perlu menjalani ujian atau kuarantin kerana tidak mempunyai sebarang gejala.

Justeru latihan pemain dijalankan mengikut apa yang sudah dijadualkan dengan pemain dilihat begitu bersemangat biarpun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Biarpun dalam tempoh PKPB pemain saya lihat begitu bersemangat. Mental mereka sangat kuat.

"Begitu juga barisan pemain muda dan baru yang diserapkan ke dalam skuad kebangsaan. Mereka sangat bersemangat dan cepat menyesuaikan diri dengan corak latihan saya. Saya memang cukup gembira dengan perkembangan ini," katanya.

Terdahulu Arul dan Amin diarahkan menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit di bawa siasatan (PUI) Covid-19 iaitu pakar pemakanan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Bagaimanapun mereka hanya diklasifikasikan sebagai lapisan ketiga kerana hanya mempunyai kontrak rapat dengan PUI iaitu lapisan kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 7:23 PM